Polisi Penghantaran

Di meiydafood.com, kami komited untuk memastikan setiap pesanan anda dihantar cepat, selamat, dan tepat pada masanya. Polisi ini menerangkan cara kami memproses dan menghantar pesanan pelanggan di seluruh Malaysia untuk pembelian runcit dan borong.

1. Kawasan Penghantaran

Kami menyediakan penghantaran ke seluruh:

  • Semenanjung Malaysia
  • Sabah & Sarawak

2. Tempoh Penghantaran

Tempoh penghantaran (bermula selepas pengesahan pembayaran diterima) adalah seperti berikut:

  • Semenanjung Malaysia: 2 – 5 hari bekerja
  • Sabah & Sarawak: 3 – 7 hari bekerja

Tempoh penghantaran mungkin berbeza semasa musim perayaan, kempen promosi besar-besaran, atau gangguan luar jangka seperti cuaca buruk.

3. Caj & Promosi Penghantaran

  • Caj penghantaran akan dikira secara automatik semasa proses pembayaran berdasarkan berat produk dan lokasi penghantaran.
  • Penghantaran PERCUMA ditawarkan untuk pesanan yang melebihi jumlah tertentu atau semasa kempen promosi yang diumumkan di laman rasmi meiydafood.com.
  • Caj penghantaran standard akan dipaparkan sebelum pembayaran disahkan.

4. Kaedah & Syarikat Kurier

Pesanan anda akan dihantar menggunakan syarikat kurier yang dipercayai seperti;

  • J&T Express
  • Pos Laju
  • Ninja Van
  • City-Link (bergantung kepada kawasan penghantaran).

Selepas pesanan diproses, nombor penjejakan (tracking number) akan dihantar melalui emel atau WhatsApp supaya anda boleh menjejak status penghantaran anda.

5. Pemprosesan Pesanan

  • Pesanan akan diproses dalam 1 – 2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
  • Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

6. Kelewatan & Isu Penghantaran

Walaupun kami berusaha untuk memastikan penghantaran berjalan lancar, kelewatan mungkin berlaku disebabkan oleh:

  • Alamat penghantaran tidak lengkap atau salah
  • Penerima tiada di lokasi semasa penghantaran
  • Faktor cuaca atau gangguan logistik kurier

Sekiranya anda tidak menerima pesanan selepas 7 hari bekerja, sila hubungi kami di support@meiydafood.com dengan menyertakan nombor pesanan dan nama penuh.

7. Penerimaan & Semakan Barang

Sila periksa bungkusan anda sebaik sahaja menerimanya.
Sekiranya terdapat kerosakan, produk tidak lengkap, atau tersilap penghantaran, sila laporkan kepada kami dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan dengan menyertakan gambar bukti.

Maklumat & Bantuan

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan penghantaran, sila hubungi kami melalui:

Dmakmidah Enterprise
Telefon /WhatsApp: +6019 942-4584
Emel: support@meiydafood.com
Laman web: meiydafood.com

Terima kasih kerana memilih meiydafood.com!