Kenali

D’MAK MIDAH
ENTERPRISE

SEKALI RASA, PASTI SELERA

Produk Sambal Hitam Meiyda adalah produk sambal yang diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi.

Keistimewaan Sambal Hitam Meiyda berbanding sambal hitam pahang yang kini tumbuh bagaikan cendawan di pasaran ialah:

1

Pertama

Sambal hitam ini berasal daripada Kuala Lipis, Pahang yang juga merupakan tempat pertama, di mana resepi sambal hitam dihasilkan.
2

Kedua

Sambal hitam Meiyda masih mengekal cara tradisi dalam menghasilkan sambal hitam, bahan bahan seperti ikan bilis dan belimbing ditumbuk bersama.
3

Ketiga

Gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas yang seimbang menghasilkan rasa Sambal Hitam Meiyda yang unik dan enak serta mampu menawan selera pelanggan.
4

Keempat

Sambal hitam ini akan luput setelah 2 bulan berlalu kerana ia dimasak selama 8 jam, tanpa menggunakan bahan pengawet.
5

Kelima

Resepi sambal hitam ini merupakan warisan turun temurun dan sememangnya asli dari Kampung Melaka, Kuala Lipis, Pahang.

Misi & Visi

  • Menyediakan produk makanan yang halal, terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.
  • Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
  • Membuka sebuah kilang yang menjalankan aktiviti memproses produk makanan.
  • Menyediakan makanan yang berkualiti, sihat dan seimbang dengan harga yang berpatutan.
  • Menyediakan peluang pekerjaan dan mewujudkan kerjasama dengan ushawan bumiputera.
  • Menyediakan peluang dan idea perniagaan perniagaan kepada usahawan kecil.

Kenapa Pilih D’Mak Midah?

Sekali Rasa, Pasti Selera

Berusaha gigih untuk membangunkan produk berasaskan sambal tradisional, khususnya Sambal Hitam Meiyda, agar terus kekal relevan dan diterima ramai.